House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bukan Bahana PPSMI

selingan sebelum masuk cerita sebenar:
Satu dunia sedang asyik berbicara tentang pelajar terbaik Malaysia SPM 2009 Nik Nur Madihah, pelajar sekolah agama Maahad Muhammadi (P), Kelantan. saya antara yg tersentap bila menyelusuri kisah pilu insan ini. bayangkan.
"Nik Nur Madihah puasa kerana tiada wang saku untuk membeli makanan"..aduhai mulianya hatimu wahai Nik Nur Madihah. kagum saya bila dikatakan Nik Nur Madihah tidak pernah bersungut dengan keadaan keluarganya dimana mata pencarian ayahnya hanyalah di lautan yg luas. nelayan. dikatakan jua, kerana itu, puasa sunat hari isnin dan khamis menjadi amalannya sejak berumur 12 tahun.
"makanan kegemaran Nik Nur Madihah ialah roti".. adeih~ ramai ke manusia kat dunia ini memaklumkan yg roti adalah favourite food dia? kalu bukan lasagnia, spagetti. timur sikit ayam percik madu atau kerapu masam manis. kerana ketiadaan wang, Nik Nur Madihah akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti." aduhai~

doa saya,
moga Nik Nur Madihah mendapat sponsor BNM yg sedia maklum akan menariknya untuk menjadi kijang emas mereka. lantas dihantar ke KYUEM yg sentiasa terbuka untuk menerima pelajar yg berjaya mengumpul A banyak2. ngeh ngeh.
saya betul2 berharap Nik Nur Madihah akan dtg ke KYUEM kerana tiap2 hari, waktu sarapan, Nik Nur Madihah akan menjadi manusia paling gembira. Bukan lagi roti murahan yg bakal dinikmati, tapi roti gardenia Nik Nur Madihah..gardenia~ selamat berjaya menjadi kijang emas~

ok. tamat iklan tanpa kaitan dengan tajuk post.



~~~


suatu hari, ibu saya meminta saya membeli sos tomato botol cap meggi.
saya pun dengan malasnya menghidupkan enjin kereta. kedai rundit dekat saja, jalan pon sampai. tapi kerana hujan lebat sunggoh, saya x berani.

saya : pakcik, sos tomato (sebut tomedo, sebutan british. oleh sebab baru habis exam ielts, lidah saya masih berbaki slang british) ada?

pakcik : nak apa?? sambil memerhati gerak bibir saya.

saya : sos tomedo pak cik. tomedo(sambil menguatkan bunyi sebutan). ish, bukan main jelas lagi aku sebut nie. x paham ke pakcik.

selepas 3 saat pak cik tu mengkaji gerak bibir saya, lantas..
pakcik : oh, sos TOMATO ke.. (sebut TOMATO secara baku, muncungkan mulut untuk huruf "O" dan nganga luas2 untuk huruf "A")

saya : ya, TOMATO. terima kasih pakcik.

saya pulang. hulurkan ibu sos tomedo itu.
5 minit berlalu, ibu menjerit dari dapur. adeih, kenapa pulak ibu ni.

ibu : hari ni brapa haribulan?
saya : 15 haribulan 3 ibu..
ibu : ha, kat botol ni tulis 28 haribulan 2..ish.. x boleh makan dah nie..

adeih~ lepas tarikh la plak.
pergi lah saya ke kedai runcit itu semula. penat maa naik kereta dekat2 nie. x sempat panas punggung, dah sampai.

saya : pakcik, sos TOMATO yg saya beli tadi dah... (apa aku nk cakap kt pakcik nie.. luput? lepas tarikh? ish...paham ke pakcik ni..sebut tomedo pon tercengang-cengang..).. sos ni dah luput la pakcik.

pakcik : apa, reput? mana tang yg reput nya?

saya : bukan, ni haa.. tarikh dia dah lepas.. dah.. basi.. (ish, sesuai ke perkataan ni..)

saya tunjukkan tarikh yg tertulis di botol sos TOMATO itu. pejam celik pejam celik pakcik tu tenung..

pakcik : oh, cakaplah EXPAYED. nah, tukar yg baru.

saya : -_-""

6 comments:

British yg sebenar (seperti diriku ni) tak sebut tomedo ye...kitorang sebut tome'o. Hahahaha!!!

Takkan perkataan expayed tu pun bleh luper...I can imagine ur IELTS' band...hak3...

 

to haq
haha.. terkangkang aku kt situ 3 saat.
expayed..
expayed..

to abg pally
abang ooii~ disebut tomedo pon pakcik tu bingung, tak ke pelik tiba2 pakcik tuh tahu makna expayed. nak je saya sebut, tkot nnto pakcik tuh tutp kedai dia~
haha

 

Pak cik pencinta bahasa melayu kot...ntah2 hadek A. Samad Said or sepupu Faisal Tehrani...kuang3...

 

bkn tomedo sleng amerika ke?
n i thought sebutan tercekik itu hny apply bile ade double t?
u know?as in written,button?

ah.lupekn.ini bukan ielts spiking test.

 

abg pally: ada la iras2 a samad said lepas diteliti kedut2 yg hadir di mukanya..slack satu, xde janggut..

syaa:ya. ya. ielts dah tamat. tuutp buku.hah. macam tu.