House of Glory

The Ultimate Sapphire

Sometimes, Matron judges a book by its cover..

hypothesis
Ho: people usually like to judge a book buy its cover, so do the KYUEM's matron.
H1: otherwise

use Z test at 5 % significant level. huh. merapu.

2, 3 hari ni sakit. batuk2. sema-sema. ketika menaip post ini, skrin laptop penuh dgn titisan-titisan hasil dari bersin yg tidak terkawal. ah.
saya ada perangai pelik. mungkin. saya suka bila sema-sema peringkat awal. peringkat manja. sema-sema peringkat awal menyebabkan suara menjadi seksi dan meletop. serak2 basah akibat hingus + sedikit sengau menyebabkan suara sesuai untuk menyanyikan lagu2 A to Z dan Irwan Shah yg sgt popular dgn kesengauan terlampau.

bila sudah sampai peringkat kronik, saya gusar. hidung akan tersumbat dan susah untuk bernafas. kadang-kadang hidung terasa penuh dgn bijian separa kental.
bila menjamah makanan, selera akan hilang. secara biologinya, hidung penting dlm menambah sedap lagi makanan. maksud saya, deria bau hidung. bukan bijian separa kental itu yg menambah perisa kepada makanan.
selera orang sekeliling juga akan hilang kerana terpaksa menkmati muzik hidung.
tau muzik hidung?
muzik merdu yg terhasil bila lelehan hingus ditarik secara paksa dgn otot hidung dgn niat untuk mengelak ia tertitis keluar. ok. perenggan ini sgt jijik.

selalunya, sema-sema datang berpakej. Pakej bersama batuk2. aneh juga, saya suka batuk2 peringkat manja, kerana ia mampu membuatkan suara mnjadi garau. macho.

berhenti dgn fikiran optomistik. saya sekrang merana. tiada ubat di challet. cadang mau pegi berjumpa matron. tapi, niat dibatalkan bila teringatkan post sorang kenalan tentang kezaliman matron.

sedikit cebisan daripada post beliau.
kes pertama.
"akibatnya, saya menyekip beberapa kelas pada pagi itu. lebih kurang pukul 11 pagi, saya terjaga. masih pening. bekalan paracetamol sudah habis. lalu saya menggagahkan diri utk ke klinik. terhuyung-hayang berjalan. setelah menerima bekalan ubat, saya minta sekali mc utk hari itu, sbb kelas pagi dah saya ponteng. wah, dimarahnya saya kerana lewat!
"kamu patut dtg awal pagi! mintak mc awal pagi! bukan dah tak pergi kelas baru nak mintak!!" jeritnya.
"ampunkan saya makcik, sedangkan berjalan dlm bilik pun saya tak mampu, inikan pula mahu bermusafir sejauh ini utk ke klinik. saya tak larat la." balas saya dlm linangan air mata seorang lelaki.
"ah, itu hanya alasan kamu! larat tak larat, kamu kena dtg jugak!!"

kes kedua
"ah, Alhamdulillah kali ini matron ada. selesai urusan, saya minta penjelasan dari beliau mengapa tiada siapa di klinik tadi.
ditengkingnya saya!
"kamu dah datang, tunggu la sekejap! saya pergi makan kat cafe! bukan lama pun!"
terkejut saya.
"ampunkan saya, manalah saya tahu. bagi saya, sebaik bermula waktu pejabat, matron sudah patut berada di sini." jwb saya. tetapi ayt kedua itu hanya dijawab di dlm hati."

mahu baca cerita penuh? klik sini

maka, saya terasa gerun untuk ke klinik. masakan tidak, siapa mahu ditengking2 ketika keadaan tidak sehat. sebagai sorang yg emotional, saya mudah melinangkan air mata. hah.

tapi batuk2 dan sema-sema ini memaksa saya untuk menggagahkan diri bertemu raksasa perubatan itu. telah saya fikir 2 3 langkah berjaga-jaga sekiranya saya ditengking hebat.
1. saya akan bersedia dgn hidung yg penuh dgn cecair separa pejal. jika matron itu membebel, saya akan cuba sedaya upaya untuk memainkan irama muzik hidung agar dapat mengurangkan kelangsingan vokal suaranya menerjah koklea saya.
2. jika boleh, saya mahu bersin sebersin bersinnya ke arah matron itu. biar dia rasa kemanisan cecair separa pejal itu.
3. bila matron mula membuka mulut untuk membebel, saya akan mula batuk2 batuk2 batuk2 tanpa henti. ha, padan muka kau. bebelan kau bakal dibawa angin sahaja.

jantung berdegup kencang ketika pintu klinik dikuak. tercegat lembaga itu di muka pintu biliknya. gayanya seperti tengah sibuk. kotak2 yg nmpak ringan tengah disusun. habislah aku.
ok. mulakan plan A

"asslamualaikum makcik.." sambil batuk2 kering (dgn penuh paksa)
saya..(batuk2)..nak mintak..(batuk2 batuk2) ..ubat..sel..sel... haaaa...CCUUMMM!!!! (yes!)
haa.saya nak minta ubat seperti bunyi2 diatas. boleh"

mata tajamnya bagai menendang muka saya.serius, gerun.
langkah diambil, menuju ke bilik ubat, laci dibuka. sebotol ubat batuk dan sebungkus pil sema-sema dihulur tanpa bicara.

terkedu. aik? makcik ni, tak nak marah saya ka?? aneh3.. saya masih tercegat di situ sambil mulut ternganga, bagai menunggu dia untuk membebel. ah.
harapan musnah. segala langkah berjaga-jaga hancus musnah.

tiba2, dia menuju ke arah saya
"adik makan ubat batuk ni lepas makan ya. 2 kali sehari. lepas minum ubat tu, tunggu 10 minit dulu, baru boleh minum air lain. yg pil itu, penerangan dia ada kt plastik tu..cepat sembuh ya.."

sah. sah. sah. ilmu hitam apa yg aku terpijak ni? sampai matron tu jadi semithali itu??
aneh..aneh.. nak kata saya bela benda, ada. saya bela arnab. tapi apa kaitan?

berjalan pulang, berselisih dgn rakan saya yg pernah dimaki hamun matron itu..
"wah, selamat tak pegi klinik?"
"tak kena marah pon..."
"eh..? mood dia baik kot.."..
"tah, muka aku cukop seposen kot"

moral: buatlah muka se"seposen" yg mungkin tika bertemu matron itu.
5 sen pon ok gak.
lagi murah, lagi dilayan.
ops.

Ho accepted.

6 comments:

Untuk H1 a.k.a alternative hypothesis, TAK BOLEH tulis otherwise. Even CIE, Edexcel, AQA etc pun tak benarkan dan takde markah (markah takkan diberi untuk 'otherwise').

 

saya b**ci matron!!!
titik!

 

eman,
nampaknye kamu ni berjangkit,
kalo xsalah aku,
si kekasih hati kamu pn demam,
batuk2 dan selsema,
korang nih sweet la,
demam pn same2,
jeles aku,
last week aku jumpa dia kat klinik,
sekarang pn die xsehat lg,
kesian korang berdua,
semoga cepat sembuh tok eman dan a**q*h

 

to abg pally
haa.betol??ya??tak tipu??
datin sri sheila x penah plak suarakan mnda nie..nnti nk try tanyo yo!!

to anonimos..
belakangan ini ramai yg suka mensensorkan perkataan..
conth
Ba*bi..
dan sensoran itu mudah untuk diteka..

to anonimos..
wah...manisnya lidah menabur bicara~~
mungkin dlm khlayak umat kt kyuem ni ramai ajo yg sakit nye..ish3..
apa kamu nk sakit jugak ke??
ngee~

 

ntohnye...
ramai je yg sakit...
xyah buat skandal ah...
pasti angkara cuaca panas yg teramat...
oh ye!
ak pun hampir2 sema2 dan kebatukan tp gara2 immune response yg cepat bertindak,cume 2 hari saje bersin2 melande...
kesimpulannye,immune response anda lemah eman!

saye org kuat!!tibe...