House of Glory

The Ultimate Sapphire

Iktibar si Burung Kelicap


assalamualaikum.
ha. tahun baru mnjelma lagi. so, sebelum merepek pnjng2 lagi, ingin juga saya mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2009
*smbil memanjatkan syukur kehadrat Allah dan meratap kesedihan yg berlaku di tebing Gaza*
*Ya Allah, selamatkanlah kami!!*
---
hari ni, jumaat pertama untuk tahun baru hijrah dan masihi. hah. tiba awal ke masjid hari ni. hari yg baik untuk bertahmid dan berzikir. dusunatkan juga untuk mandi hari jumaat. seusai solat sunat, duduk memerhati gelagat burung kecil yg riang berterbangan di karangan masjid.

aduhai burung.. kalaulah aku mnjadi engkau..
hah. cukup dgn berjiwang.

burung kelicap itu tidak pernah tidak hadir ke masjid hari jumaat. walaupu jerit perih mncari rezki untuk anak2, tidak pernah pula mereka melepaskan peluang untuk bertandang ke masjid ya?

tak tahula apa yg mereka fikir tika masuk ke masjid da memerhati lautan manusia di bawah yg sedang tonggang tonggek bersujud pada pencipta burung itu.

tika ini bang kedua sebelum khutbah belum berkumandang. mereka gembira terbang dari satu lampu chandeliar kecil ke lampu chandeliar yg lain. dan akhirnya hinggap di atas bumbung mimbar. hati tertawa melihat gelagat mereka terbang dan sesekali menyapa rakan yg melintasi mereka.
wah~ sungguh ramah.

*anda mesti aneh kan dgn cerita ni?* biarkan. teruskan pembacaan.
---
assalamualaikum wbt. begitulah bunyi suara macho imam memulakan khutbah. bang kedua berkumandang syahdu nian menerobos di segenap ruang masjid.

aneh.
tau kenapa? tidak kelihatan pula si kelicap ini berterbangan riang di ruang legar masjid. tiba2 mata tertumpu tajam tepat pada kubah mimbar masjid. kelibat makhluk itu menarik minat anak mata untuk meneropong.

subhanallah..masyaallah..tuhan saja yg tahu betapa sayu *sayu ke ha?* bila melihat kelicap-kelicap yg riang berterbangan tadi, hinggap pegun di mimbar itu. ada juga yg hinggap seyap di chandeliar besar. ada juga yg hinggap tetap di tigkap angin bhagian atas.

ya. kelicap-kelicap anggun itu seolah-olah menghormati azan yg sedang bergema merdu itu. tidak seekor pon berganjak mahu mengibas sayap terbang..alahai..kelicap yg comel, apalah yg kalian fikirkan sebenarnya ya?? tatkala mndengar azan, kalian terus hinggap pegun bagai tunduk hormat pada seruan sujud pada yg Esa itu.

Subanallah. Tuhan maha kaya.

ada dengar kata2 orng yg haiwan pon bernaluri untuk tunduk pada penciptaNya..tpi itu sekadar gosip2 kedai kopi saja. tapi bila boa mata kepala menjadi saksi pada peristiwa maha hebat ini, insaf rasanya..uhuk oh burung kelicap...andai syuraga menanti aku seperti syurga menanti kalia di lagit tujuh sana..
---
ok. cukup dgn peristiwa insaf itu. khutbah jumaat hari ni menarik perhatian cuping telinga untuk bersedia menggetarkan tulang-tulang osikel.. stetmen sentap daripada khatib mengundang senyuman kambing para jemaah.

"bila ditanya para artis tentang azam mereka tahun baru, mesti dijawab mahu menghebatkan lagi karier nyanyian dan lakonan mereka. mahu memantapkan lagi skil dunia hiburan mereka.."

"bila ditanya ahli perniagaan, dijawab mahu mengembangkan lagi perniagaan supaya dapat melipatkaligandakan keuntungan.."

"bila ditanya staff jabatan, jawapan pasti ialah mahu memantapkan lagi kerjaya supaya dapat naik pangkat dan dpat naik gaji.."

ini yg sentap.

"jarang sekali bila ditanya azam baru, jawapan ini diutarakan. mahu meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah..memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah dan sebagainya.."

tapi bila difikir balik..azam seperti ini hanya antara diri sediri sahaja..khilaf pula rasanya jika memberi jawapan sebegini..nnti disalah anggap orang pula..manusiakan manusia..

haha. tpi kata khatib itu betul sekali.
---
khutbah tamat. maka berterbanganlah burung kelicap itu pergi meninggalkan rumah Allah dan meneruskan rantau mncari rezki halal untuk anak2 yg menanti sabar...

semoga sentaplah para jemaah yg "sentiasa menganggguk-angguk tanda setuju ketika khutbah dibaca"

*burung kelicap dalam post ini adalah jenis kelicap kampung atau lebih popular dgn nama burung kuyit kampung*


Allah maha berkuasa.
Berprestasi Dalam Redha Allah

0 comments: