House of Glory

The Ultimate Sapphire

::cerita manusia::ada apa dengan warna?

siapa tidak tahu warna asas? atau lebih dikenali sebagai warna premier.
merah.
biru .
kuning.
tahniah pada yg tahu.anda patut bangga pada diri sendiri. pada yg tak tahu,ok anda belajar seswatu yg baru hari ini. ok. simpan dlm CPU kepala.

siapa tidak tahu warna sekunder?
biru+kuning=hijau
biru+merah=ungu
merah+kuning=oren
hah. gabungan warna yg menarik. ini warna sekunder.

siapa tidak tahu warna tertier?
sudah. beli buncho poster colour. bancuh secukup rasa warna premier dan sekunder.
anda akan dapat warna baru.
dapat penemuan baru? letak nama warna itu bersempena nama anda.
---
7 hari berkabung, pergi membawa jiwa yg sedih ke ceruk pantai timur.
terengganu.
tahun melawat terengganu 2008. wah. menyambut seruan kerajaan untuk melancong di dalam negara. siapa kata Malaysia x cantik? buktikan.
kalu tidak kerana Malaysia, Shah Rukh Khan x dapat pangkat datuk.oh silap. Dato'

hujan lebat tidak berhenti menyimbah sepanjang perjalanan. pernah berada dlm situasi begini?
hujan lebat.air cond kereta rosak. tiada pengudaraan. suhu dlm kereta akan naik. kerana mematuhi hukum fizik, wap air terkondensasi pada cermin hadapan-sisi-belakang kereta. maka penglihatan akan menjadi kabur.
Ya. seronok melihar gelagat pemandu mengelap-ngelap cermin kereta smbil berharap hujan bakal berhenti.
kesian mereka. sebagai penumpang, lena diulit mimpi.

sudah melebihi 2 marhalah. maka berhenti untuk solat. Masjid di daerah kertih,kalu tidak silap.
hujan lebat. maka perlukan payung untuk keluar.
terima kasih Hotlink kerana menaja payung.















payung percuma atas pembelian nombor maxis.

oh. hotlink menaja bapa dan ibu. saya ditaja oleh payung sebuah syarikat lain.
Jemaah kelihatan baru selesai solat zohor.ah. kami ada kelebihan. jama Qasar.
masjid ini milik sebuah syarikat terkemuka dunia. cantik benar. kubah besar bermozek hijau tampak bersinar dilimpahi air hujan.

hujan masih lebat. masih menggunakan payung tajaan.heh.
berlagak ditaja.
sewaktu berjalan memasuki masjid,perasaan sedikt aneh. ramai mata yg memerhati. curiga mungkin.
tapi curiga kenapa? berseluar panjang menutup aurat. ayah kelihatan berkopiah kemas.
ah. abaikan mereka. maka kami berjemaah solat.
---
selesai.kami mahu berangkat.
perasaan aneh bertukar pelik. kenapa jemaah ni pandang pelik kearah kami.apa salah kami bersolat disini? ush. aneh benar.
ah.abaikan mereka. kami mahu cepat pulang, tidak tahan dengan suasana di sini.
betul.setiap mata bagai merenung,mcm nk terkam jer.

hujan masih lebat. berjalan kearah kereta menggunakan payung. tiba2, terperasan sebuah bangunan berdekatan kereta di parking. seperti sebuah bilik mesyuarat.
tersenyum.
patutla.

maka kereta menyusur laju meninggalkan masjid yg Indah tersergam bersama kubah besar bermozek hijau.
---



Bilik gerakan Utama
PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS)
Daerah Kertih
---

ini payung tajaan saya.















hadiah kerana menghadiri satu mesyuarat rasmi
.

sungguh ironi.

by,


3 comments:

Ya Allah Adik Sayang Abang!!!

Kenape kamu pakai payung yang horror itu! Sungguh memalukan!!! Matila kamu jadi ahli gerombolan United Malays National Organization!

 

to Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib
aiyohh.pnjgn nye nama kamu..dh la asyik typo je eje Fazdhly tuh.
uhuk. saya anggap pauygn itu sekadar pyung biasa.murah. selamatkan dri hujan. dah orng kasi free, pki la..
eit..saya masih bawah umor. jgn saman saya~

 

Kamu si econslover! Tak ikut sunnah abang sendiri. Ape punye adik la kamu ni.

Dah tau abang kamu ni sentap ngan gerombolan United Malays National Organization, kenape still pakai payong ittew?? Semuga payong ittew rosak dan dihanyutkan arus banjir. Hehehe...