House of Glory

The Ultimate Sapphire

botox? lupakan.

*sekadar rencana ringan untuk dibaca dan sedikit bosan*
sang suria
bersinar ceria drpd pagi. tiada awan tebal berani meronggeng dihadapan sang suria. sekadar awan-awan nipis berkejaran ke sana ke sini. ibu sibuk menyidai baju yg bertimbun terkumpul seminggu. huh. pengamalan mengulang pakai baju yg sama sgt sinonim pd musim sejuk. ramalan kaji cuaca mengesahkan petang jumaat ini, air rahmah bakal turun lagi.

ayah pula berpeluh menebas pokok hutan yg bersepah mengelilingi rumah. rumput pnjng baru saja dicantas. tiada lagi kemuncup menggatal. kawasan rumah bersih dengan pertolongan abang dan adik. mereka rajin (selepas disuruh)

semangat greenthumb di rumah















mengumpul kayu apikah??















jgn tanya saya buat apa. siapa lagi yg hamek gambar kan? sekadar mengelilingi kawasan rumah. banyak tanaman herba hidup memagari rumah. haa baru sedar.

oh. baru habis menonton movie di Astro Kirana "200 pound beauty". berkisarkan kecantikan semulajadi wanita yg semakin kurang akibat terciptanya pembedahan plastik. ceritanya sedih. hampir menangis, tpi dikawal kerana menonton bersama famili. x macho r. uhuk. kalu tgk songsorang, menyala mata menangis.

ah. bedah plastik mahal. skg, syabas kepada abg yg menemui kaedah suntikan botox untuk kekal muda. (siapa kata norynn aziz cucuk?suka hati je). betul la. botox sgt berkesan. tgk saja model2 produk kecantikan Elisa, Sendayu Tinggi, Felisa Kosmetic.. muka mereka sgt tegang. kalu terhirs pisau pun, boleh terkoyak(ouch!).
ah. mereka kata kekal muda la, kulit hilang kedut la bila pakai produk mereka. anda percaya? saya percaya.

oh.terlajak merepek. sebenarnya ingin cerita pasal ulam-ulaman yg ada sekeliling rumah nie. ibu yg tanam. banyak. senang. nak makan cuma petik saja. cicah budu. uuuu.. menjilat pinggan nanti.

Ulam Daun Duri Tujuh Bilah















aneh namanya seaneh rasanya. ubat mujarab untuk kanser. kanser usus, kanser hidung dan kanser2 yg ditakuti lagi. juga baik untuk darah tinggi dan kencing manis. ah. tidak kisah semua itu. asal ada atas meja, kami bantai je.
tau kenapa dipanggil tujuh bilah?















bilangan duri yg tumbuh adalah dlm gandaan 7 pada setiap tempat. ada 7, 14, dan 21. subhanallah. persis kan ciptaan Dia. durinya tajam. hati2.

Ulam Raja















kenapa ulam raja? bukan sebab raja suka makan. ah. Raja, layankah ulam? sebab ia raja ulam.tpi, makcik dulu2, kempunan x dapat kawin anak raja, so bagi nama ulam je yg mampu. ah. mengarut.
daun ini mujarab dalam melancarkan peredaran darah dan membersihkan darah. ia bagai agen yg mencuci darah anda. selain itu, kalsium yg tinggi dapat menguatkan tulang. ha. anda x perlu anlene sebenarnya. betul. nenek saya, x penah minum anlene. sihat dgn izin Allah. gpon,daun ini wangi dan sedap rasanya.bunganya cantik tpi sayang tidak boleh dimakan.

pokok bismillah















tidak tahu kenapa namanya bismillah. ada idea? mungkin makcik sudah ketandusan idea. mendapat idea ketika mahu makan daun itu mungkin. membaca bismillah dan makan daun itu. maka dgn izin Allah jua, penyakit kencing manisnya sembuh. maka, pokok itu mendapat nama. baik juga untuk sakit jantung, sekadar mengurangkan sakit jantung. pokoknya tumbuh tinggi dan mempunyai batang yg panjang yg berkhasiat jika diminum air rebusannya.

---
sebenarnya, nak awet muda senang ajo. amalkan pemakanan nasi bersama ulam-ulaman segar. anda x perlukan lagi Loreal paris atau Olay total white atau 'jawapannya, neutrigina' atau seangkatan dengan mereka.

maksud awet muda disini bukanlah kulit tidak berkedut wlopon menjengah umor 89 tahun. cuma anda masih mampu berlari pada umur senja.(Mrs Foord..hmm). kelapa pon berkedot bila tua. tapi anita sarawak tidak!
ah anda. anita sarawak tu semulajadi. anugerah tuhan.

sekadar penutup
Pokok Pukul Lima














tau kenapa namanya pukul lima?? sebab bunganya hanya akan mekar pada pukol 5 petang. dan kuncup pada pukul 5 pagi.
ajaib kan?
"kun fayakun"

'Makanlah barangan buatan alam'

oleh,
bencibotox

2 comments:

Hah???

Benchi botox???

Aiyoh...jgn benchi botox...marah Kh*r T*y*, Sh*rif*h A**i dan para kaum ibu dalam gerombolan United Malays National Organization nanti!!!

 

to Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib
ah.

persetankan mereka.