House of Glory

The Ultimate Sapphire

Sapphire House, KYUEM


'Sapphire' adalah nama sebuah rumah di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin.
Terdapat empat rumah kesemuanya, Sapphire, Garnet, Diamond, dan Topaz.


Sistem rumah yang diamalkan bertahun-tahun di KYUEM ini telah mengukuhkan silaturrahim dan membentuk peribadi, mencungkil bakat, dan memberi pengalaman berharga buat seluruh warga KYUEM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan antara rumah-rumah.




Sebaik sahaja para pelajar mendaftarkan diri di KYUEM, mereka dibahagikan kepada empat rumah yang telah dinyatakan. Kemudian, mereka akan ditempatkan di chalet-chalet yang diasingkan mengikut kawasan rumah masing-masing. Kawasan ini dipanggil 'kampung'.
Gambar di bawah adalah Kampung Sapphire.



Sistem pentadbiran rumah ditetapkan sendiri oleh komiti rumah yang terdiri daripada pelajar senior (2nd year). Hari Rabu adalah hari yang ditetapkan khas untuk aktiviti rumah. Kelab-kelab di KYUEM akan menganjurkan pelbagai pertandingan antara rumah, seperti Bangsawan, Minggu Citra Budaya, Cooking competition, Football, dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah membantu memupuk skills tambahan para pelajar yang sangat berguna untuk alam pekerjaan kelak, dan membolehkan pelajar untuk tidak hanya menumpukan terhadap akademik semata-mata.

logo sapphire


Sapphire adalah rumah yang digelar 'House of Glory'.
Rumah yg disertai oleh para pelajar yg friendly, komited, bersemangat, serta happy-go-lucky ini membuatkan rumah Sapphire rumah yg best dan menyeronokkan.



-Artikel oleh Haizumawati (eju), HCS 2010

0 comments: