House of Glory

The Ultimate Sapphire

Sawang bukan Sampah

Sengaja tidak dimasukkan kedalam list kemenangan HAW 2008 untuk post yg lepas iaitu
Sapphire as The Most CleannesT House 2008.
Harus buat post special untuk kemenangan yang julung-julung kali ini.

Bila tiba hari raya, mak akan suruh bersihkan perabut rumah. Kononnya berhabuk.
Bila tiba hari raya, mak suruh lap tingkap, sebab banyak habuk.
Betul. Mak memang alah dengan habuk ni.

Sebab habuk la, barang perak tak berkilat.
Sebab habuk la hilang seri hiasan Kristal.
Sebab habuk la ayah bersin-bersin sambil baca surat khabar.

Petua orang tua-tua. Kalau xnak bagi habuk lekat pada barang hiasan, sapu la minyak tanah.
Pernah cuba dulu.
Agak Berjaya. Lama juga barang hiasan bertahan tanpa habuk. Tapi hidung ni tertusuk-tusuk pula dengan bau minyak tanah.

“nak cantik kena sakit dik”

Sawang ni milik labah-labah. Orang x suka sawang. Jadi, orang bunuh labah-labah. Kecik-kecik dulu, opah selalu marah kalau bunuh labah-labah.

“x elok cu bunuh labah-labah tu, dia tolong nabi kita dulu”
“tapi adik takut labah-labah. Nanti dia gigit adik”
“dia suka buat habuk, opah”

Sejarah tinggal sejarah. Dunia dah berubah. Zaman dah maju.
Buktinya, hari ni.
Ramai saintis kaji pasal keajaiban sawang. Mereka tertarik dengan keutuhan sawang labah-labah.
Bentuknya.
Teksturnya.
Jalinannya.
Mereka kata itu miracle.
Mereka ceduk idea tu untuk buat jambatan.
Mereka ceduk idea tu untuk buat baju pertahanan.

Ha. Ajaibkan ciptaan Allah?
Sebenarnya, nak bagitau,
Simbol sapphire labah-labah.
Labah-labah suka buat sawang.
sawang tu sampah.

Sapphire menang The Most CleannesT House.
Sawang bukan sampah.

By,
Econs|over.

1 comments:

most cleanest house?
mengamuk la mama foord kalo dgr...
kalo dh cleanest prlu ke most??
hish...
perusak bahasa...