House of Glory

The Ultimate Sapphire

apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti...


pendapat tentang tajuk post ini? ya. sedikit jiwang. disunting daripada bait lagu Melawan Kesepian Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza. (kasihan siti)



ok. post ni tidaklah sejiwang yang disangkakan. cuma ada sangkut pautnya.

jom kita imbau sejarah sapphire untuk tahun 2008.

College Birthday

di bawah pimpinan Herman, kita beroleh tempat kedua untuk table decoration.


Walaupun kalah tipis dengan rumah Diamond. sedikit saja perbezaannya. pimpinan Hamidi pula berjaya menggamit dewan dengan melodi baru untuk lagu kolej. biar kita kecundang, sekurang-kurangnya kita berani.

Minggu Citra Budaya (MCC)

dengan berkat Allah, kita menang Rumah Budaya. paling manis adalah kemenangan Boria. hamidi koreografernye.



dengan penuh berani (syazwan) kita menghantar pasukan lelaki untuk berboria. Siapa kata lelaki x boleh? andai mereka berevolusi?
diam ko 'perempuan perasan'!



Islamic Aspiration Week (IAW)

Ukhwah: the sympony of unity. ini tema IAW. dengan berkat Allah jua, kita menjuarai Islamic Performance Night kategori lelaki untuk kali yang ke-7 berturut-turut. walau perempuan kita tewas, kita tetap teguh dgn kemenangan yg tidak disangka. lakonan man dan wan dan pelakon handalan lain berjaya menawan hati para juri malam itu, hingga ada yg menitiskan air mata.
Alhamdulillah. syukur.

maka tibalah masa untuk

Health Awareness Week (HAW)

kali ini menang kita x sebesar MCC, tapi kalah kita x sekecil IAW. biar dipaparkan apa kemenangan kita kali ini.

Crossword puzzle
-akak syahirah mat
-dr. nurudin

video competition
-tempat ke-empat daripada empat (masih menangkan?)
tahniah untuk junior.

Marathon
yeah. kita membolot lima tempat teratas untuk marathon. tahniah untuk kita.
nampak?

kita all-rounded.



sebenarnya ini bukan tujuan sebenar post ini.

jom kita tengok siapa pemenang top 10 marathon itu.
-(muhammad) syahidah din
-(muhammad) hayati
-(muhammad) fatin afiqah
-(muhammad) asyikin
-(muhammad) izati
-(muhammad) aainaa kamila
-(muhammad) fatin nabila

kenyataan. mereka semua bukan lelaki.
ya.
kaum-kaum lelaki sapphire pada marathon kali ini sekadar menginjak top 20 sahaja. sebagai pembangkit semangat, nama-nama mere jua diterterakan
-(nur) amirul hadi (sport exco)
-(nur) herman (gembira kerana improve dari tempat ke-19 tahun lepas ke tempat ke-17)
-(nur) aidid qamil (kasihan dia, kaki sakit. terpakai kasut saiz adi hafiz. kecil)

ha.
wahai pembaca blog sekalian. sedarlah. lelaki kini berevolusi. perempuan jua bermutasi.

"sedar tak? asal persembahan pentas je bukan perempuan sapphire conquer" "a,ah la." "sedar tak? asal sport je bukan lelaki sapphire conquer" "a,ah la."

*adaptasi perbualan lukman(bukan nama sebenar) dan afiq(jua bukan nama sebenar)

post kali ini tidak punya gambar kerana koneksi internet sangatlah siput bin kura-kura tua. hilang sabar untuk menunggu gambar diupload. tidak sabar untuk post blog ini. aduhai.


sungguh ironi.

by,
econslover


2 comments:

kepada yg mengarang...penggunaan warna yg tidak sesuai untuk ayt ini(gembira kerana improve dari tempat ke-19 tahun lepas ke tempat ke-17)...harap maklum...berbanggalah dgn diri anda...

 

mengapekah aku slalu dimasukkn ke dlm blog ini tanpa disedari...
mgkin ak prlu lbh rajin mmbace...
aduhai...